tentang penulis

Zahida binti Bakri
pelajar perubatan universiti Alexandria, mesir.. pencari ilmu melalui pengalaman dalam kehidupan.. pendamba redha ilahi, moga redhaNYA sentiasa bersama2 kita semua..
View my complete profile

Tinta seorang musafir

Life is full of moments that pass us by. Sometimes we hardly notice when something really significant is happening and at other times we catch hold of it and learn and grow from it.

macammana nak sokong kalau macam ni? 11:06 PM

assalamualaikum wbt

sudah 2 bulan saya tidak meng'update' apa-apa dalam blog ini.jawapan hanya satu: tidak rajin, hehe...tetapi hari ini lantaran sakit hati yang cuba disabarkan, saya meluahkan rasa itu di sini,.

3 hari lagi nak balik alex, barang belum berkemas, senarai barang dapur pun tak beli lagi, semuanya gara-gara kertas list hilang, terpaksa minta tolong bibi yang da tiba di alex untuk tolong tgk list di rumah, tp bibi lak xde respon lagi, huhu

hari ini ke pejabat baba lagi di Uitm, saja nak aktifkan kad CIMB yang da berkurun x dijenguk, last2 dapat notis x aktif terpaksa le naik turun bank 2,3 kali..lagi satu untuk ambil laptop yang dihantar jumaat lepas ke xxx computer, huh

kenapa xxx, sbb kedai ni kedai orang melayu, saya pun taknak sabotaj perniagaan orang melayu tapi bila orang melayu ambil kesempatan terhadap melayu sendiri, macammana nak sokong kan,..tapi masih saya tak nak sabotaj..

ke kedai untuk format laptop, kena cas rm 45, mahal tuh!, tapi memandangkan da tak punya masa banyak, terima je la, kemudian 'pakcik' tu telefon, katanya nak cuci komponen dalam, overheat, acer ni kalau overheat terpadam..cas rm 80 tak termasuk format, erk! semua rm 125 weyh mahalnya,

saya telefon xxx computer cawangan tempat len, saja nak survey harga, tengok-tengok dekat cawangan lain kedai sama boleh dapat format+cuci rm 80, huhh beza dalam rm 50 ringgit! baba kata: kalau harga mahal 10, 20 ke boleh la terima lagi,tapi ni da lebih melampau.. ' takkan diorang tak standardize harga, nama kedai je sama harga lain-lain, cekik darah namanya,

apalagi, saya tegaskan sket dengan 'pakcik' tu menyuarakan rasa x puas ati, katanya nanti tanya bos, lama gak tunggu, boleh la kurang cuma tak la banyak sangat,hermm kalau arab tipu melayu boleh tahan lagi, sebab diorang tipu bukan masyarakat diorang walaupun sedara seislam, niyang satu masyarakat seislam lagi pun nk naik harga lebih, saya jadi naik geram jugak, sabarkan diri, takpe2 kat akhirat nanti kalau diorg makan lebih, tuntut cek oi

hehe, menyabarkan hati..3 hari lagi bakal pulang...sedihnyaaaa

semoga tahun depan lebih bermakna dan lebih rajin, ;p aminn

kisah topeng H1N1 4:24 AM

Zda: bib, dah beli ke mask?

Bib: eh, dah beli, kita minta aklina beli

Zda: la ye ke, x bgtahu kat aku, boleh tumpang sekali

Bib: aklina beli online, kalau ko nak beli online kena ada kad kredit la,

Zda: uish dasat gak mask kna guna kad kredit beli, berapa harga?

Bib: 160 ringgit

Zda: mak aiii., apasal mahal macam tu, baik aku guna tisu tutup hidung dah

Bib: eh, ko kate apa?

Zda: ye la, da mask mahal, guna tisu je la kat epot nanti

Bib: ya Allah, kita ingat kan MAS bkn mask, hahaha

Zda: lah, yang aku dok cakap pasal mask bkn tiket MAS domestic tu, hahahhaa, patutla siap guna kad kredit.

Lesson: Try to pronounce it properly, so no one can misunderstand you, otherwise miscommunication will occur, hahaha..

See ya later! I’m going home this 29th September, arrghhh cant wait for it!! Pray for my safe journey insyaAllah,

gelabah? 12:56 PM

gelabah? begitulah saya hari ini..semuanya gara-gara tersilap menulis jawapan untuk slide 1, saya letakkan pada ruangan jar 1, haish..itulah suka cepat-cepat sangat..

pelik semacam melihatkan slide renal cell carcinoma ditanya berkaitan dengan radiosensitive yang selalunya dikaitkan dengan seminoma, buat tak tahu je la, habesnya slide ke 3 baru sy perasan kesilapan isi ruang itu, hah apalagi....'doktor!!!'

kak rai: "akak yg kat depan awak ni da boleh 'sense' da ada sesuatu berlaku kat awak, dengar dan nampak kelam kabut sangat,"

erk..perasan eh kalau saya kelam kabut? bulan ogos ni semua serupa kot, lebih kurang saya, hehe.. apa2 pun, kena cuba ubah jadi tenang sikit... nak jadi doktor kena tenang, kalau tidak habislah pembedahan ke apa ke, huhu..

okeh, cuti belajar da mula, mari2 semua baca buku,
p/s: sanah helwa buat nabilah dan hannah yg menyambut hari lahir hari ni, ;p
May Allah bless both of you, and good luck 4 exam ya!!

perjalanan ke akhirat 1:31 AM

Pintu dibuka…(10 pelajar ikut nombor, sila beratur, masuk sorang-sorang’) doctor parasitologi mengarahkan kami sebentar tadi,

Maka beraturlah 10 terawal untuk ke medan juang menjawab soalan-soalan para di bilik sana itu..

Hati saya tersentap sedikit, terbayang beginikah perjalanan kita ke akhirat??
‘beratur ramai-ramai, seorang demi seorang ambil giliran untuk dihisab amalannya, dihitung, dikira, ditimbang, lalu keputusan yang diterima masa itu juga, kiri atau kanan,’

Jika semasa hidup didunia,kita gagal dalam peperiksaan ini, kita masih ada peluang terakhir untuk mengulang, dan memperbaiki, dan susah tentu apabila kita tahu itu peluang akhir kita, segala usaha akan curahkan untuk melepasi peperiksaan itu…

Tetapi…., tatkala nyawa ditarik daripada badan, adakah kita berupaya meminta masa itu diulang, hidup itu diulang?? Mengalir air mata darahpun takkan bisa menghantar kita kembali ke dunia, dan pada masa itu juga, kita akan menyesal dan teramat menyesal apabila tidak menggunakan peluang sekali seumur hidup di dunia ini, MASA!

Reality hari ini,

Manusia hidup seolah-olah mereka tidak akan mati, yang muda dengan cara mudanya, lupa akan mati itu tiba bila-bila masa lalu menggunakan masa muda mereka untuk ‘enjoy puas-puas’ lantas batasan agama yang Allah letak dilanggar sesuka hati dan peraturan yang ditetap itu seakan angin lalu…

Petikan daripada Nur kasih, cerekarama tv3

‘nanti kita temuduga kena baca quran ke bang, dia tak Tanya pun benda tu, baik adam pegi baca buku’
‘tapi dam, nanti temuduga dengan Allah, apa kau nak jawab’


Apa kita nak jawab?? Apa kita nak jawab??, sudah tentu masa itu mulut terkunci hanya tangan, mata dan anggota bdan yang akan menjawabkan utuk kita,

Solat kita..khusyukkah??

Syahadah kita hari ini sudah diperbaharuikah?

taubat atas dosa, telahkah kita segerakan??

Hutang kita, sudah berbayarkah??

Amanah dan tanggungjawab kita. Sudah tertunaikah??

Aurat kita sudah sempurnakah ditutupi dan dijaga?

‘Akhlak kita terbaikkah?

Ibu bapa kita, sudah kita minta ampun atas hati yang terluka atas perbuatan dan perkataan kita??

Sahabat2 kita, sudah tertunaikah hak mereka, dan lain-lain lagi yang kena semak, kena recheck

‘ya Allah, takutnya aku andai nyawa ini ditarik sebelum aku penuhi semua hak itu’

Kita berusaha untuk cemerlang di dunia, berusaha untuk gah di mata dunia, tetapi adakah kita pernah berusaha untuk cemerlang di akhirat?? Bagaimanakah nasib peperiksaan kita di sana, di tempat yang kekal abadi, tidak inginkah kita merasa jannahNYA, nikmat yang telah DIA janjikan buat hambanya yang beriman??


Saudara Ammar telah pergi meninggalkan kita, bilakah masanya pula untuk kita menyusul? Mungkin esok, mungkin lusa, hanya DIA yang tahu,

jangan hanya merasa bangga cemerlang di dunia andai persediaan untuk cemerlang di sana tidak pernah disediakan,

~selangkah demi selangkah kita berusaha menapak maju di dunia, dan jua di akhirat~ insyaAllah
~Hidup hari ini dan berbaktilah seolah-olah kamu akan mati esok harinya~
Alfatihah untuk Allahyarham Ammar Zulkifli

kisah hati 1:30 PM

Sahabat, kerana aku sayang padamu, ini muhasabah buat dirimu dan diriku

Wahai sahabat…

Cinta Allah itu cinta hakiki,

Cinta manusia cinta sementara,

Hati itu adalah raja, rosak hati rosaklah jasad..

Tahukah, lelaki dan perempuan itu dilahirkan berperasaan

andai diusik, meranalah ia..andai disulam bungaan indah, layulah hatinya…

perlu ingat, hubungan itu ada batasnya,

pergaulan itu hadnya, segalanya telah Allah tetapkan,

kerana islam itu syumul, kerana semuanya ada hikmahnya

perlukah saling memberi inspirasi tika masih ada keluarga dan sahabat sejantina disisi??!

Perlukah saling hadiah menghadiahi tika sahabat dan adik beradik masih belum kita hadiahi??!

Perlukah saling pinjam meminjam, jika sahabat disisi belum kita beri pinjam??!

Perlukah duduk berapatan, sebelah menyebelah tika masih ada ruang kosong di sisimu??!

Perlukah bergambar berduaan, sedangkan gambar berdua bersama ibu belum kita penuhi satu album??!

Perlukah keluar berduaan, belanja membelanjai, makan bersama?..tika bapa, ibu dibiar bersendirian di rumah??!

Perlukah berym, bercakap telefon berjam-jam tanpa urusan sedangkan mereka(keluarga) menanti panggilanmu, dan Allah menanti sujudmu??!

Sudah SAHkah ikatan yang melayakkan untuk berbuat begitu? Sudah halalkah dia untukkmu.???

Jika hati itu tidak diisi denga yang hak, maka ia akan diisi dengan yang batil

‘hanya dengan mengingati Allah, hati-hati menjadi tenang’ itu janji Allah

Tenangkah hati dengan gelora perasaan itu? andai terputus di tengah jalan, hidup hancur pasti kecewa, hati huru hara, resah gelisah….

Yakinkah sidia ditakdirkan untuk mu, tertulis untukmu, tahuah anda??Pastikah?

Jika meninggal di awal usia, dimana hati kita pada cinta Allah masa itu??

Jika meninggal di akhir usia, umur muda kita habis kemana? Itu soalan akan ditanya, malukah untuk menyatakan andai umur kita dihabiskan dengan berseronok, hati kita dibiar lalai dengan cinta, dengan perasaan yang tidak kita letak pada tempatnya?

Ya syabab! Umat perlukanmu, islam perlukanmu, dakwah perlukanmu, ilmu perlukanmu,?!! Tegarkah kita menyibukkan diri dengan melayan perasaan yang tidak kena pada tempatnya ini sedangkan palestin masih belum bebas? Tika umat terkinja di pentas tarian,?? Tika budaya hedonism jadi pujaan,?? Tika pergaulan bebas jadi adat??!

Malulah mengaku sebagai umat terbaik andai kita tidak pernah berusaha untuk jadi hamba yang terbaik!